Tuesday, February 7, 2012

SMS

Short Message Service, atau lebih ringkasnya (SMS). Aku pasti tajuk telefon bimbit selalu muncul di soalan-soalan karangan BM atau BI masa di bangku sekolah dulu, dan selalunya memacu kepada SMS ini. Pointnya selalu berputar pada kebaikan dan keburukan benda ni. Aku tidak kisah mana yang lebih, yang aku tahu aku memanglah suka berSMS.

Mulanya aku berjinak dengan sistem SMS ni, rasanya masa aku Form 1. Time tu bapa aku belikan aku phone Siemens, model E41 la kalau tak silap. Di situlah aku mula bermain dengan SMS. Tapi tidaklah kuat, cuma mesej-mesej ringkas yang perlu. Dan telefon bimbit Siemens tu tak tahan lama pun, disebabkan kebengapan aku. Fon tu kena curi di sekolah aku masa aku belajar di Victoria Institution. Fikir-fikir balik dah hampir 8 tahun tinggalkan sekolah tu. Mesti korang akan cakap "siapa suruh bawa fon ke sekolah?" . Well masa tu sekolah aku tu tidak larang bawa henfon ke sekolah, so aku pun bawa lah. Tapi aku cuai, masa latihan kawad rumah sukan aku tidak silentkan phone aku, maka ada lah orang bertuah ni terdengar bunyi phone aku ringing masa aku tengah sibuk berpeluh di padang tu. Kakak aku call, maka telefon itu pun lesaplah begitu sahaja. Benda ni sebenarnya tak penting pun, buat apa aku tulis panjang-panjang.

Dulu-dulu masa fon-fon ni belum canggih, zaman-zaman nokia 3310, picture message agak popular ok! aha. Masa tu semua nak download lah, kumpul picture message, forward dan sebagainya. Tidak lama kemudian muncul lah phone polyphonic, skrin berwarna. Evolusi berterusan dengan MMS yang bole hantar gambar sekali dengan SMS. Itu juga tidak penting sebenarnya.

Apa yang ingin disampaikan di sini sebenarnya adalah mengapakah aku memilih SMS? First and foremost, aku akan mengaku aku orang yang berlainan bila aku menaip. macam sekarang ni lah, aku lebih mudah mengekspresikan diri dengan perkataan. Tapi rasanya secara overall cakap terus terang kan lebih efektif dalam menyampaikan sesuatu? tapi aku tidak, bukan tidak lah.. entah, kurang yakin. Ultimately aku sebenarnya berat mulut dan pemalu. Aku malas bercakap, mungkin itu masalah aku, aku susah untuk membuka hati kepada orang lain. Yang dapat "korek" hati aku ni tak ramai, bukan senang hahaha. Aku tidak banyak bercakap, tidak banyak bercerita, tidak bercampur sangat. Bukan aku tak boleh, cuma aku tidak mahu. Aku dapat rasa perubahan aku. Aku rasa dulu aku mudah untuk ekspresikan diri ini, tapi itu dulu masa aku budak-budak darjah la.

Bapa aku lah yang paling pandai buat aku meluahkan isi hati aku dulu-dulu. Itu pun bukan aku terus cakap, aku jual mahal jugak, baru aku sampaikan apa yang tersimpan di sudut hati yang gelap dan dalam ni. Tapi sejak kedua orang tua aku dah "pergi", aku rasa diri aku semakin "tertutup". Tidak ada yang berupaya mengorek dah. Dengan kakak-kakak aku, aku jarang sekali meluah. begitulah jadinya aku ni seorang yang dikatakan "good listener" , tapi kalau disuruh bercerita, aku diam. Aku tak tahu apa yang perlu dikatakan, maka aku senyap dan akan suruh orang lain yang bercerita. Itu "masalah" aku, aku tidak suka "share". Tapi aku gemar menulis, tapi apa yang ditulis itu selalunya berkias dan bertapis, tidak semestinya menyampaikan isi hati aku yang sebenar 100%.

Melalut la agaknya, so kembali kepada SMS. Aku suka berSMS sebab SMS boleh simpan! Sebenarnya aku ingin comparekan SMS dengan koling. Bila kita koling yang panjang-panjang tu, lepas habis koling bukan ingat pun apa yang telah dibualkan. Bagi aku itu tidak seronok. Aku pernah juga berkoling, aku tahu lahhhhh. Still aku prefer SMS. Mungkin la, tapi aku rasa betul juga. SMS memang makan $$$ lebih, itu orang suka kolinggggggg. Jenis orang macam aku ni, SMS la . Bosan-bosan boleh buka inbox baca balik baru senyum sendiri. Peh puas.

Actually, post ni agak merepek. Aku mahu tidur awal malam ni, tapi aku tidak dapat tidur, tulah aku menconteng-conteng dekat blog ni. Cukuplah setakat ni. Kbye.

3 comments:

Timothy said...

like! :P

Lan said...

u like what?

shue_fearless_gurl said...

awwwww same here..:D

btw,u r such a shy boy,hehe