Sunday, June 20, 2010

dan begitulah ceritanya ....

Musim cuti telah pun berakhir , semua orang pun baliklah ke "medan perang" masing2 . Kebanyakan budak sekolah pun mengeluh " aih , buka sekolah suda!" Aku pulak kebosanan la dorang balik sekolah sudah LOL . Okay , kembali kepada rutin hidup yang bosan la kalau begini -.-

Surat tawaran ke UiTM Shah Alam telah diterima . Perasaan? Suka ada , duka pun ada . Suka la berjaya mendapat tempat untuk sambung belajar , dukalah kerana sekali lagi perlu meninggalkan kampung halaman dan segala isinya yang amat ku hargai.Kali ini , ia merupakan satu cabaran yang tahapnya telah ditingkatkan.

Aku berasa kurang senang . Seriously.

Tidak tahulah ,sebenarnya keadaan semakin kabur bagiku . Di manakah berdirinya aku selepas ini? Aku masih belum mempunyai jawapan tersebut .

Masa suntuk.

Aku hanya tinggal 10 hari saja di Tawau ini . Semoga aku dapat memanfaatkan sebaiknya.

Over and Out

2 comments:

Daddy + Mummy said...

don't worry, nephew..sumanya pasti akan baik2 saja..ikut jak apa yg ada di depanmu skrg..kami semua support ko k..wish u all the best!! ;)

Lan said...

thanks aunty